Kelas asas Microsoft Office

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April yang lepas, PI Kg Luak telah mengajar Puan Mesiah asas Microsoft Office. Beliau seorang yang ingin tahu mengenai cara – cara menggunakan Microsoft tersebut bagi memudahkan beliau menyiapkan tugasan laporan yang diberikan kepada beliau. Beliau amat teruja kerana dapat belajar menggunakan Microsoft Word dan asas PDF dalam menyiapkan laporan beliau pada tepat masanya. Beliau sangat berterima kasih dengan adanya Pusat Internet dapat membantu golongan seperti beliau untuk belajar cara mengendalikan asas komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali