Karnival Kewangan 2019

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 dan 24 Februari 2019, Pusat Internet Kg Luak telah dijemput oleh pihak SKMM untuk bersama menjayakan Karnival Kewangan 2019 anjuran bersama Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan yang berlangsung di Permaisuri Imperial City Mall Miri. Booth SKMM menjalankan promosi kempen Klik Dengan Bijak (KDB), Ewaste dan Check Your Label (CYL). Tujuan utama promosi ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menggunakan kemudahan internet dengan bijak, penjagaan alam sekitar dan keselamatan peranti yang mereka gunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali