Internet: Carian Maklumat dengan Pantas

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2019, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan latihan carian maklumat dengan pantas dan cara yang betul menggunakan internet. 15 pelajar dari komuniti Kg Luak telah menyertai latihan ini. Antara isi kandungan latihan adalah pengenalan kepada enjin carian dan tips carian maklumat yang betul seperti penggunaan kata kunci yang tepat. Video Klik Dengan Bijak turut ditayangkan sebagai mempromosikan kebaikan menjadi seorang pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali