Program Outreach Kesedaran Kanser Bahagian Miri 2019

30 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2019, pusat internet di kawasan miri menerima jemputan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk menjayakan program Outreach Kesedaran kanser Bahagian Miri 2019 bertempat di Masjid Darul Ehsan, Miri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang analog switch-off (ASO) yang bakal bermula pada November 2019.

Pusat internet yang terlibat juga turut membuka booth untuk memberi maklumat kepada pengunjung tentang keselamatan penggunaan teknologi dan internet. Kotak e-Waste turut disediakan untuk pengunjung yang ingin membuang alatan elektronik yang sudah tidak digunakan lagi. Aktiviti seperti memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dan diharapkan akan ada lagi aktiviti seumpamanya di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali