Hari Terbuka PI Kg. Luak
10 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2017 yang lalu, PI Kg. Luak telah mengadakan Hari Terbuka kepada seluruh warga Miri. Hari terbuka ini diadakan bertujuan untuk menambahkan bilangan ahli PI yang baru, mendaftarkan pelajar untuk portal eKelas, memberi pendedahan kepada belia dan lepasan SPM mengenai aplikasi Canva, kemaskini BR1M, permohonan kerja secara online dan mewujudkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara bijak kepada komuniti.
Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pendaftaran ahli PI, tayangan video advokasi, Kemaskini BR1M, permohonan kerja secara online, pameran pendidikan OUM, pendaftaran portal eKelas dan kelas Canva.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: