Kuiz Kahoot Asas Komputer – Pelajar Sekolah

09 July 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas untuk pelajar sekolah pada minggu lepas. Seramai 9 orang pelajar mengikuti kelas Kuiz Kahoot Asas Komputer pada sebelah pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video KDB, Pengenalan kelas Kahoot dan typing test. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk minat pelajar untuk datang ke Pusat Internet. Selain itu, pelajar boleh bermain sambil belajar pada kelas tersebut dan memudahkan pelajar mengingati apa yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali