Kem Cuti Sekolah E Kelas

24 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21-23 November lepas, seramai 3 pelajar dari Kampung luak terpilih untuk menyertai Kem Cuti Sekolah eKelas selama 3 Hari 2 Malam bertempat di Kuala Lumpur. Para pelajar berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan kawan – kawan eKelas lain. Antara aktiviti adalah seperti sukaneka, berkunjung ke Petrosains, Menara Maxis, Lawatan ke Petronas Twin Towers dan Gala Kem Cuti Sekolah eKelas 2018 (Makan Malam).

Tujuan diadakan kem cuti sekolah adalah untuk meraikan pelajar – pelajar yang berjaya memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dalam eKelas untuk melayakkan diri mengikuti Kem cuti sekolah tersebut. Pelajar berpeluang bersama – sama dengan kawan – kawan pusat internet lain dan berkenalan dengan pasukan eKelas. Aktiviti seperti ini, dapat menambah minat dan galakkan kepada pelajar untuk menyertai eKelas serta berkunjung ke Pusat Internet. Kami mengucapkan tahniah kepada 3 Pelajar Kampung Luak yan berjaya ke Kem Cuti Sekolah eKelas 2018.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali