Kelas e-Kad Hari Raya (Pelajar Sekolah)

07 June 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat internet Kg Luak telah mengadakan kelas e-Kad Hari Raya sempena menyambut hari raya yang bakal tiba. Seramai 6 pelajar sekolah yang terdiri daripada 4 pelajar perempuan dan 2 pelajar lelaki telah menyertai kelas mencipta design kad hari raya masing – masing menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti seperti ini dapat membantu para pelajar untuk berjinak dalam dunia teknologi sekaligus menambah minat mereka untuk terus berkecimpung dalam bidang teknologi pada masa hadapan. Turut diselitkan juga, tayangan video KDB (Penipuan Internet) turut ditayangkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya internet. Pelajar menunjukkan minat dan bersungguh dalam mempelajari apa yang diajar dalam kelas tersebut. Kami berharap pada masa hadapan, lebih ramai pelajar menyertai kelas yang akan diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali