Latihan & Demostrasi Kebakaran PI Zon Miri 2018
25 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari yang lalu, PI Kg. Luak telah mengadakan Latihan & Demostrasi Kebakaran PI Zon Miri dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Zon Miri. Latihan ini turut disertai oleh staf dari PI RPR Bandar Baru Permyjaya, PI Kpg Lambir & komuniti setempat.
Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan langkah-langkah yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja mahupun di rumah. Selain itu, staf PI turut mendedahkan mengenai advokasi Check Your Label. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: