Bengkel ICT & Entrepreneurship (Google Drive)
19 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2017 yang lalu, PI Kg. Luak telah mengadakan bengkel ICT dan Keusahawanan bersama AIM Miri. Kali ini menekankan topik Google Drive. Kelas yang berlangsung di bilik latihan PI Kg. Luak selama 2 jam memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari lebih banyak fungsi dan penggunaan Google Drive untuk digunakan dalam memajukan perniagaan mereka.
Para peserta juga belajar untuk ‘share link’, ‘invite people’ dan juga cara untuk edit google spreadsheets. Kebanyakan daripada mereka mendapat idea yang lebih baik untuk menjalankan perniagaan setelah mempelajari Google Drive.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: