Program Jelajah Kasih bersama Anak-anak Kesayangan Miri
04 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2017 yang lepas, Pusat Internet Kg. Luak mengadakan program Jelajah Kasih bersama Anak-anak kesayangan Miri dengan kerjasama Pusat Internet Permyaja dan Pusat Internet Lambir. Tujuan program tersebut diadakan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak, betul dan positif. Di samping itu, staf PI juga membahagikan mereka kepada kumpulan dan mengadakan aktiviti Klik Dengan bijak (KDB) dan Advokasi Pokemon Go.
Anak-anak juga diajar menggunakan Microsoft Office (word) disamping staf PI membuat pertandingan “Kumpulan yang paling kreatif”. Ini dapat menarik minat anak-anak untuk menggunakan Microsoft Word dengan lebih efektif dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: